Labels

Sunday, December 1, 2019

【 Tempat Menarik Di Port Dickson】

Bagi anda yang merancang bercuti ke Port Dickson hujung bulan ini, ini adalah masanya untuk anda menyusun semua aktiviti & tempat menarik untuk anda lawati seisi keluarga  Sekiranya anda dari Lukut, Port Dickson anda boleh susun aktiviti anda bermula dari no 1 hingga 10.

1.Kota dan Muzium Lukut
2.Alive 3D Art Gallery
3.Taman Tema Wild West Cowboy
4. Segar Recreation Park
5. Muzium Tentera port Dickson
6.Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang
7.Rumah Terbalik Port Dickson
8.Port Dickson Ostrich Show Farm
9.Rumah Api Tanjung Tuan
10. Pantai Blue Lagoon

Gambar :
I Love Port Dickson


1.Kota dan Muzium Lukut

Image may contain: sky, cloud, outdoor, text and nature


Salah satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson adalah Kota dan Muzium Lukut. Ia merupakan sebuah kubu yang didirikan diatas bukit oleh Raja Jumaat pada tahun 1847.


Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang berkaitan dengan sejarah pelombongan biji timah di kawasan lukut.



Terdapat 4 galeri pameran utama iaitu Sejarah, Teknologi, Negeri Sembilan dan Nassau.

Bagus jika anda berminat untuk belajar sedikit tentang sejarah pentadbiran, pertahanan dan system ekonomi yang dilaksanakan di kota lukut pada zaman itu.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am-6pm)

Lokasi: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson




2.Alive 3D Art Gallery

Image may contain: outdoor

Antara tarikan yang baru sahaja dibuka dan sering dikongsi di media sosial adalah Alive 3D Art Gallery Port Dickson.



Kalau anda peminat selfie atau suka menangkap gambar menarik semasa bercuti, anda pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini.


Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D beraneka tema setiap satu menjanjikan ilusi yang berlainan. Antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan exotic.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11am-10pm) | Ahad & Cuti Sekolah (10am-10pm) |

Lokasi: No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson




3. Wild West Cowboy Indoor Theme Park

Image may contain: night and outdoor


Antara tarikan yang baru sahaja dibina di Port Dickson adalah Taman Tema Wild West Cowboy. Terdapat 4 tayangan 5D berbeza dan setiap satu mengambil masa selama 7 minit untuk habis.



Di sini juga terdapat 4 Escape Room dimana anda diberi masa yang singkat untuk menyelesai teka-teki untuk bebas dari bilik tersebut.


Bayaran Masuk: Dewasa RM38 | Kanak-kanak RM28

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (12pm – 10pm) | Sabtu (10am - 11pm) | Ahad & Cuti Umum (10am - 10pm) | Selasa - Cuti

Lokasi: 59-64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson




4. Segar Recreation Park

Image may contain: 2 people, sky and outdoor

Tarikan yang baru sahaja dibuka pada tahun 2019. Antara Flaying Fox yang terpanjang di Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti yang menarik untuk anda lakukan sekiranya anda datang disini bersama keluarga dan rakan-rakan antaranya adalah :
1. Drift Cart
2. Archery Tag
3. Archery Target
4. Flying Fox
5. Abseiling
6. Rock Climbing
7. Junior Rope
8. Obstcle
9. High Rope

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 6.30pm) | Selasa - Cuti

Lokasi: Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson


5.Muzium Tentera Darat Port Dickson

Image may contain: sky, tree, cloud and outdoor


Muzium Tentera Port Dickson ini merupakan antara muzium tentera yang terbesar di negara kita dan ia terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia.

Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari sedikit mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera Negara kita.

Disini terdapat 9 galeri berbeza yang membawa anda pulang ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Disamping itu, anda dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.00am – 5.00pm)

Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson


6.Pusat Ikan Hiasan

No photo description available.


Kepada pencinta akuarium dan ikan hiasan sila bergembira, Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang menampilkan pameran ikan laut tempatan yang exotik.

Tidak ramai tahu tentang Pusat Ikan yang di urus oleh Jabatan Perikanan Port Dickson ini. Ia merupakan sebuah tempat tertutup penuh dengan akuarium yang mempamerkan berbagai jenis hidupan laut yang menarik.

Bukan sahaja untuk dilihat tetapi ada beberapa jenis ikan yang anda diberi peluang untuk sentuh, menjadikan tempat ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Yang minat memancing atau mahu belajar sedikit tentang kehidupan bawah laut jangan lupa untuk menuju ke desinasi ini.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am – 5pm)

Lokasi: Batu 7, Jln Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson


7. Rumah Terbalik Port Dickson

No photo description available.

Mungkin anda sedar Port Dickson memang banyak rumah bertema ilusi dan yang ini pula membuat anda rasa bagaimana kalau hidup didalam dunia terbalik.

Rumah Terbalik Port Dickon merupakan sebuah rumah kedai yang diubah suai menjadi tarikan pelancong dan menjanjikan suata pengalaman bergambar yang berbeza.

Disini anda boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa, bezanya semua bilik terbalik seolah-olah anda berjalan di atas bumbung.

Bayaran Masuk: Dewasa – RM20 | Kanak-kanak – RM15

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10am–9pm)

Lokasi: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Batu 9, 71050 Port Dickson



8. Port Dickson Ostrich Show Farm

Image may contain: outdoor

Pusat penternakkan Burung Unta atau lebih dikenali sebagai PD Ostrich Farm ini terletak 9 kilometer dari Jalan Pantai Port Dickson.

Di sini anda dapat mempelajari sedikit tentang burung gergasi ini sambil berinteraksi dengan haiwan tersebut.

Antara haiwan lain yang menjadikan tempat ini rumah adalah keldai, kambing, arnab dan angsa. Kanak-kanak diberi peluang untuk menyemtuh dan memberi makanan kepada haiwan kecil ini.

Untuk aktiviti pula, dengan bayaran yang kecil, tetamu dapat menunggang Burung Unta, menaiki ATV, atau bermain Paintball.

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM4

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8am-6pm)

Lokasi: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson


9. Rumah Api Tanjung Tuan

Image may contain: plant, sky, tree and outdoor

Rumah api Tanjung Tuan atau nama lainnya Cape Rachado Lighthouse, adalah sebuah mercu tanda popular yang sering menjadi tumpuan pelangcong yang datang bercuti ke PD.

Ia dianggap rumah api yang tertua di Negara kita dan dibina pada abad yang ke 16, zaman Portugis memerintah Melaka.

Semenjak itu rumah apa ini diperbaharui beberapa kali oleh Kerajaan British, kali pertama pada tahun 1817, dan bangunan yang boleh dilihat sekarang disiapkan pada tahun 1863.

Tambahan terbaru pada Rumah api tersebut adalah sebuah radar MEASAT yang di bina pada tahun 1990.

Lokasi: Cape Rachado, Port Dickson



10.Pantai Blue Lagoon

Image may contain: ocean, sky, cloud, outdoor, nature and water


Pantai Blue Lagoon merupakan pantai yang terletak didalam teluk kecil berhampiran dengan Cape Rachado, hanya 18 Kilometer dari Bandar Port Dickson.

Air laut di sini cetek dan tenang kerana pantai ini dilindungi oleh teluk membuat tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermandi laut.

Disamping itu ia terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan pelancong sering dapat melihat hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung.

Pada waktu malam pula boleh kelihatan lampu suluhan rumah api Cape Rachado merentas air laut di hadapan anda.

Lokasi: Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson


11.PANTAI CAHAYA NEGERI

Image may contain: sky, outdoor, nature and water Pulau Burung Port Dickson Image
Pantai ni sesuai kalau nak pi camping dgn kawan hujung minggu sbb ada kemudahan tandas dan tempat mandi.Kalau nak beli2 air atau makanan ringan pun ade .Pemandangan melalui jambatan ini best sgt.Cantik! Kat sini lah port2 photographer snap gambar wedding!kalau hari sabtu tu bersepah dgn pengantin sajeee. Tapi best tgk pengantin bergambar pakai baju cantik2.

Lokasi:
di Batu 4.Lepas je dari Petronas tu belah kanan nampak jambatan tu lah dia tempatnye..

Gambar :
I Love Port Dickson



12. FUN FAIR TERBESAR DI PORT DICKSON
Image may contain: 2 people, people smiling, sky, cloud and outdoor

Nak hang out dgn kawan2 nak have fun saje saje bazir duit,boleh lah ke fun fair ni.Best jugak meriah. Admin pernah main baling bola dapat air tin.Haiz geram je tgk nye time org lain main kemain dpt air tin berkotak2.Time kite main habis duit jeeee hahah tak pelah kite saje saje je kn have fun! Bukan selaluuu

Lokasi :
DEkat dgn roundabout nak ke Teluk Kemang

Photo :
I Love Port Dickson


13. TANJUNG TUAN FOREST

Image may contain: tree, plant, sky, outdoor and nature

Korang kalau nak pegi hiking dgn anak2 dgn kawan2 boleh dtg sini.Boleh pegi rumah api sekali tapi jgn masuk time senja ye.heheh Bunian time senje tu,time dia pagi hahahahah (gurau je)

Lokasi :
Area Pantai Blue Lagoon boleh waze je

Gambar:
Internet


14. Tanjung Tuan, Cape Rachado Lighthouse Port Dickson

Image may contain: sky, ocean, outdoor, water and nature



14. TEMPAT2 FAMILY
Boleh bawak anak-anak ye ke tempat2 ni semua. Siap susun lagi tu.waze je satu2 tempat ni

Sumber :
I Love Port Dickson

Image may contain: text

No comments:

Post a Comment

PETUA