Labels

Tuesday, October 29, 2019

RESEPI : KETAM

Teringin nak makan ketam,teringat menu ni. Kalau makan kat kedai dah kena berpuluh-puluh silap silap ratus pun boleh kalau dekat chinese muslim rest.
Bahan bahan
Telur masin direbus
Daun kari (maaf dah layu sikit )
Cili padi ikut kepedasan masing2
Cara-cara:
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur(kalau xnak putih pun xpe)
Gaul ketam dengan tepung jagung
Dan goreng hingga masak.
Ok ketam dah siap digoreng.
Panaskan butter,masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.
Masukkan susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.
Masukkan telur masin sekali.
Masukkan ketam yang sudah digoreng.
Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi
Ok siap! Makan dengan nasi panas





KISAH SEORANG MAKCIK.... ⁣

Kisah seorang makcik berusia 56 tahun banyak hutang dan terdengar nasihat ustaz yusof tentang 4 surah
Diamalkan setiap hari, 4 bulan kemudian menjadi seorang peniaga, kemudian jualan nya mencecah 1 juta sebulan, dengan amalan sahaja.. Allah tunjuk jalan. Allahu
Semoga Allah memberi jalan keluar buat kita juga 







APPS PALING BEST UNTUK EDIT GAMBAR DAN VIDEO


 












TERAPI AIR HUJAN UNTUK SEGALA PENYAKIT & GANGGUAN JIN



Kalau hujan turun jangan masuk rumah...tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya..Tapi selalu org tua kita melarang kita mandi hujan sbb takut sakit🤕...& larangan itu kita wariskan pula ke anak2 kita...Ini pemahaman yg salah.

Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sbb air hujan tp sebab dalam badan byk benda kotor dan air hujan tu sbg bahan cuci utk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan. Kadangx Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu. Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dgn Ruqyah Syar'iyyah...Salah 1 cara SCAN diri tu adalah dgn Mandi air hujan...ada juga org mandi hujan tak juga sakit2 sbb badannya bebas jin. Alhamdulillah

Tapi mandi bukan sembarangan mandi..Ada cara & kaedahnya...
di bawah kami ajarkan...

Niat - Niatlah dlm hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah utk apa kita mandi hujan...

😈Cth 1: menghancurkan jin yg zalim ke atas jasad kita (niatkan & mohon pd Allah jadikan air hujan sbg api & asid yg membakar badan jin dlm badan kita.

👩‍👧‍👦Cth 2: anak degil @ hyperaktif umur (5 thn ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata2 org tuanya...& dihilangkan gangguan syaitan...org tuanya xperlu mandi hujan cukup memerhatikan & baca ayat2 di bawah sehingga didengari anknya...
Dan apa shj niat bergantung penyakit & keluhan masing2.

Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.

Air hujan yg digunakan utk terapi ini mesti yg turun terus dari langit.Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dgn baldi.

Air hujan yg turun sebaiknya hujan yg lebat bukan gerimis.

Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil utk dibuat minum. In shaa Allah ini jg adalah penawar.

Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dgn ayat2 standard iaitu Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yg lain mengikut jenis penyakit.

Baca terus sehingga sekurangnya 15minit-30minit sambil mandi air hujan.

Jika terasa sakit dibahagian badan tertentu tepuk2 dan jika ada rasa mual mau muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yg mau keluar melalui cara ini(cara yg normal & tidak menyakitkan)

Sental2 badan seperti menggosok daki di badan.Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.

Selesai mandi badan jangan dilap...kecuali rambut.Biar kering sendiri.

Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari...atau 7 hari berturut.Kalau hujan xturun hari berikutnya nasib lahhh....tunggu lah hujan turun lagi...

Lain kali hujan turun jangan mengeluh.Ada manfaatnya bagi org lain.Bagi org yg berakal dgn pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.

Wallahu'alam bissawab
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan 🔥🔥🔥🔥

Kredit: Dr Abd Rani Osman

Tuesday, October 22, 2019

RESEPI : NASI LEMAK


 Resepi sambal ikan bilis

Bahan2
Bawang putih
Bawang merah

Cili kisar
Ikan bilis
Minyak masak
Pes asam jawa
2 biji Bawang besar dipotong nipis
Garam
Gula
Serbuk secukup rasa/pak aji

Cara2
1. Sediakan kuali
2. Panaskan dlm 2 senduk minyak masak.
3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Angkat & toskan.
4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah)
Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.
6. Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak2 tak suka mkn bawang kan. Tapi bila buat mcmni tak nampak ader bawang. Biasa org berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak2.
7. Slowkan api. Kacau sambal sampai betul2 garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing.
8. Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
9. Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap.
Selamat mencuba.



Resepi nasi lemak
 


Beras
1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)
Garam secukup rasa
Daun pandan
Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)


Cara2:
  • Cuci beras bersih2.
  • Masukkan santan mengikut sukatan beras yg nak dimasak. Sukatan air/santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ader yg jenis kene lebih air. Ader jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari.
  • Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah.
  • Pastu sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dlm beras bila sukat paras air)
  • Masukkan garam. Kacau rata.
  • Daun pandan dicuci. Carik2 kan. Ikat.
  • Masukkan dlm periuk nasi.
  • Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kdg2 bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk & kecik2 kan api. Masak sehingga nasi betul2 masak.




credit : Chek Kuna Ahmad‎

DECO : DAPUR

Idea dapur bajet.. 😍 #IM


    

 













Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

BRAND SABUN BAJU UNTUK JADIKAN BAJU

Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih 👔. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So..... Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse² menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh.... Nin diaaaa cara² nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak² sekolah nanti 💕💕💕
Saya suka guna sabun Lux - Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros 🌹 masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan 😎
Rendam baju² putih dengan sabun lux yang diparut selama 1malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa... Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental...
Kredit: Leena Hassan







SIAPA SELALU SAKIT KEPALA WAJIB BACA





.
Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari adalah panadol & minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening, Argghhhh!! Mandi minyak kapak teruslah!! Senang!Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut memang tak dapat nak control. Mula rasa moody & nak muntah bila pening, mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas!
.
Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Tahukah anda bahawa 99% urutan pada otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu & urut pada otot tersebut?
.
Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan Myofascial Trigger Points. Simpulan otot ini yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang, tetapi boleh menjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh.
.
Titik punca / trigger points merupakan tumpuan 'hyper-irritable' dalam otot atau fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak mengikuti corak dermatome biasa.
.
Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang & ketat. Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan, pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.
.
Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial (myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi.
.
Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi.
.
Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot yang terletak di bahagian belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata) - ianya dinamakan "sakit di dalam tengkorak" Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada tulang rangka bahu dan sudut leher.Fungsi 'splenii' ini bekerjasama untuk memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama.
.
Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius.
.
Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.
.
Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam otot sternokleidomastoid atau simpulan di dalam otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dgn tulang selangka.Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.
.
Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala.Myofascial Trigger Points boleh membantu menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain.
.
Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur berkurangan kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan. Proses pengurutan pada trigger point dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal.
.
Sumber : Diane Sera, Cert. Sport Massage (UKM)

JENIS GEMUK.... ha ha ha





PETUA